4.8.09

Hati

Pepatah Melayu ada mengatakan “Rambut sama hitam, tapi hati lain lain”. Aku faham masa pepatah ini dicipta, rambut orang Melayu tatkala itu semua hitam-hitam belaka. Tapi sekarang ramai orang Melayu mempunyai rambut yang berlainan warna. Ada rambut yang berwarna merah, cokelat, kuning, perang, malah tidak terkejut kalau ada yang berambut hijau. Maknanya, rambut lain warna, hati lain lain? Aiseh.. kurang shedap lah.. Ok la.. boleh la pakai lagi rambut sama hitam tu, sebab secara asalnya rambut orang Melayu memang hitam.

Apa la.. cerita pasal rambut je dah berbaris-baris. Aku ingin berkongsi cerita tentang hati sebenarnya.

Hati adalah organ yang boleh dikatakan antara yang terpenting di dalam sistem tubuh manusia. Dengan itu, banyak perkataan yang menggunakan ‘hati’ merangkumi perkara-perkara penting dalam kehidupan manusia. Berikut adalah beberapa contoh tentang penggunaan perkataan ‘hati’ di dalam percakapan harian.

Hati-Hati

Diakui bahawa hati adalah penting sehinggakan jika seseorang diminta untuk menjaga keselamatan diri, perkataan ‘hati-hati’ sering digunakan. Ternyata menjaga keselamatan adalah sangat penting. Hati juga adalah sangat penting. Maka mereka menggunakan perkataan ‘hati’ sebanyak dua kali sebagai isyarat betapa pentingnya keselamatan dalam hidup seseorang.

Jatuh Hati

Ini sering dikaitkan dengan cinta. Cinta sepatutnya merupakan perkara yang penting di dalam kehidupan seseorang. Tak kenal maka tak cinta. Kenal tak semestinya bercinta. Cinta tak semestinya bersatu. Kerajaan Cinta, Republik Cinta, Kasiah Cinta (tajuk-tajuk album Dewa 19). Tapi mengapa perkataan ‘jatuh’ dikaitkan dengan ‘hati’ untuk menggambarkan perasaan cinta? Jatuh merupakan suatu reaksi akibat tarikan gravity. Jatuh dari atas ke bawah secara lazimnya. Jika sesuatu yang tidak berapa digemari untuk terjadi boleh dikaitkan dengan benda yang penting, maka ternyata ‘jatuh hati’ merupakan perkara yang serius dan penting dalam hidup kita. Ternyata ‘hati’ merupakan perkataan yang positif kerana walaupun ‘jatuh’ digunakan, tetap ia tampak indah. Cuba anda lihat ‘jatuh’ digunakan terhadap perkara-perkara lain seperti ‘jatuh sakit’, ‘jatuh miskin’, ‘jatuh bangunan’ (oops, maaf. Isu sensitif.), ‘sudah jatuh ditimpa tangga’… Bila tiada hati digunakan, terus nampak kelainannya. Sudah hilang keindahannya.

Buah Hati

Semua orang tahu bahawa ‘buah hati’ adalah sesuatu yang istimewa. Sama seperti buah-buahan yang dapat memberi tenaga hasil dari kandungan zat-zat, mineral dan vitamin-vitamin yang penting untuk tubuh badan manusia. Dipadankan pula dengan ‘hati’… Fuhhh! Istimewa jadinya ‘buah hati’ ini. Perkataan yang membuahkan hasil yang istimewa terhadap seseorang yang begitu istimewa dalam hidup kita. Belum lagi dipadankan dengan ‘jantung’ menjadi ‘jantung hati’. Fuuuuuhhhhhhhh (panjang sikit kekagumannya)!!! Bertambah luarbiasa keistimewaannya.

Terdapat juga perkataan-perkataan yang menggunakan ‘hati’ tanpa nampak ketara. Namun, ianya tetap penting. Antaranya:

Perihatin (peri-hati-n)

Orang yang perihatin adalah golongan-golongan yang mempunyai hati yang mulia. Perihatin terhadap kesusahan orang lain contohnya.

Perhati (per-hati)

Sering disalah anggap. Perhati sering dikaitkan dengan penggunaan mata untuk memerhati. Namun, perhatian yang sebenarnya adalah tumpuan yang sepenuhnya dengan menggunakan hati.

Merujuk kepada contoh-contoh yang tertera di atas, ternyata ‘hati’ adalah suatu ciptaan yang agung dari yang Maha Agung. Justeru itu, janganlah kita busuk hati, irihati yang tidak memadai dan mengecilkan hati orang lain. Seharusnya kita menjaga hati orang lain dengan mengambil hati agar mereka tidak makan hati terhadap kita.

Hati yang bersih datang daripada makanan yang suci. You are what you eat. Terangkan hati anda.

*Amaran: Sebutan ‘hadiah’ dari lidah yang pelat – ‘hatiah’ (hati-ah) tidak ada kena mengena dengan penerangan di atas. Walaupun hadiah merupakan benda yang seronok untuk diterima, jangan disengaja-pelatkan perkataan itu.


3.8.09

Weddings

Aaahh.. wedding seasons.. or is it not? Weddings are no longer using the rule of thumb i.e. school holidays= E, weddings=MC2. It can be at any month nowadays. Just like durian.

But the similar stuffs are kept at a fixed manner, however. Wedding stuffs like kenduri, makan, dulang hantaran, pengantin, pengapit, families, friends, kompang and music are still at a similar trend. What intrigued me the most at this wedding I attended a few days ago was the music part. At the peak of the event, after the doa and everthing, while the pengantin and the chosen ones were enjoying their special meal at their own special table, blared into the air a P Ramlee song that is now re-popularized by Ahmad Dhani, “Madu Tiga”. I knew at that time that I wasn’t the only one who realized that the song was a wee bit inappropriate for a wedding. Heard a few laughter during that “…Ana kawen tiiigaaaa…” part. Wish there were a few more guys who dared enough to singalong. Such a catchy song.

I prefer live bands than jockeys.